Janaki Mandir
Janaki Mandir

Janaki Mandir

Janaki Mandir (Bahasa Nepal: जानकी मन्दिर) merupakan sebuah kuil Hindu di Janakpur dalam wilayah Mithila, Nepal, yang didedikasi untuk dewa Hindu, Sita.[1]Kuil ini merupakan salah satu contoh seni bina Hindu-Koiri Nepal. Dibina sepenuhnya dengan warna putih terang dan dibina di atas sebuah kawasan seluas 4,860 kaki persegi dengan gaya campuran kubah Mughal dan Koiri, kuil itu mempunyai ketinggian sebanyak 50 meter.[2] Mempunyai sturuktur tiga tingkat, ia diperbuat sepenuhnya dari batu dan marmar. Kesemua 60 buah biliknya dihiasi dengan bendera Nepal, kaca berwarna, ukiran dan lukisan, dengan tingkap kekisi dan menari kecil yang cantik. Menurut legenda dan epik, Raja Janak memerintah kawasan ini (digelar Videha) semasa zaman Ramayana. Anak perempuannya, Janaki, semasa swyambar telah memilih Tuhan Rama sebagai suaminya, dan menjadi ratu Ayodhya. Majlis perkahwinan mereka telah diarahakan dalam kul berdekatan yang juga digelar vivaha mandap.